Tuesday, 28 February 2012

Pemimpi


Ini adalah gambar buah hati aku. Nurin Kasih Nafisah. Sememangnya memilikinya umpama mimpi indah yang jadi kenyataan. Walaupun kadang-kala diberinya "mimpi buruk" tapi ia tetap mimpi indah bagiku.
Dunia ini terisi sebergini bermula dengan mimpi-mimpi. Mimpi-mimpi individu yang tidak putus-putus inginkan ia menjadi kenyataan. Semuanya bermula dengan mimpi. Aku sering bermimpi. Bermimpi untuk menyediakan segalany untuk keluarga, bermimpi untuk berjaya. Tapi adakah aku berusaha untuk jadikannya kenyataan? Mimpi memang enak. Tapi awas benak boleh senak dibuatnya. Aku adalah pemimpi. Hidup ini adalah mimpi. Sehingga kita bangun mengadapNYA.

Wednesday, 15 February 2012

Asal Usul

 Ini Sg Rapat. Sungai yang sudah berpuluh tahun dan mungkin ratusan tahun mengalir di kampung halamanku. Kadang-kadang aku tertanya bagaimanakah keadaan sungai yang uzur ini dikala mudanya. Zaman merubah segalanya. Kini tugas utama sungai ini hanya menjadi jalan-jalan sampah yang menghanyut entah kemana. Aku pun salah seorang dari pemberi tugasnya. Satu perkara yang amat tidak aku banggakan. Aku tidak tahu asal usul kampungku. Siapa pelopornya, asal namanya. Aku amat berharap untuk tahu semua itu.
Kini diseberang jalan sana, tumbuh bak cendawan restoran makanan cepat gaya Amerika. Terus menenggelamkan dia. Di samping suara-suara penyanyi yang tidak tahu suaranya sumbang memekik terus melepasi jendela-jendela rumah. Kampung ini sudah tiada gagahnya, sudah hilang keanak-anakkannya. Di telan zaman yang makin lupa dan tidak hirau.
Menonton telefilem Parit Jawa baru-baru ini, membuat aku terfikir. Apa yang  telah aku lakukan untuk memelihara asal usulku. Apa perlu aku ceritakan pada Kasih bila dia bertanya asal usulnya. Dalam diriku tiada Kang Arman yang sentiasa memelihara asal usul akar umbinya. Kang Arman sentiasa mahu bertutur dalam bahasa Jawanya, menjaga keluarga dan tanah warisannya. Kini orang jawa pun sudah tidak mampu bertutur bahasa jawa. Yang ditahunya "kabare", "waras" dan "wes mangan". Tak pun gaya percakapan seperti pelawak slapstik masyhur Abon yang bukan orang jawa.
Asal usul...apa yang aku tahu tentang diriku? Yang aku tahu cicit keturunan Wan Mat Saman yang aku sendiri tidak tahun keseluruhannya. Namun begitu, apa yang paling penting, akar yang kuat akan terus mencengkam pada tanah warisannya. Walau ribut taufan melanda, walau hujan kemarau kering semusim, ia tetap teguh.

Monday, 13 February 2012

Hidup Berilmu



Walaupun gambar ini sudah lama aku rakam dan olah tapi aku masih tidah jemu-jemu melihatnya. Bukan kerana modelnya jelita tetapi gambar ini menceritakan sesuatu yang lebih mendalam. Bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu. Tapi pada gambar ini boleh aku olah menjadi membaca tangga ilmu. Ramai insan kini menjalani hidup tanpa ilmu. Bukan disini aku hendak berbangga mengakatakan bahawa aku ini berilmu. TIDAK sama sekali. Ilmu aku boleh diibaratkan secubit garam dari segudang banyaknya. Tetapi dalam aku terus menghadapi hidup aku masih melapangkan dadaku untuk ilmu dan teguran. Aku masih mahu diriku lebih baik dari semalam. Salah satunya dengan membaca. Tetapi alangkah ruginya diriku kini kerana kekangan kerja membataskannya. Sebab itu aku terpegun melihat saudari ini tekun membaca walaupun sekitarnya sibuk dan hiruk-pikuk
Kesimpulannya, walau sebanyak mana wang dan setinggi mana pangkat kita, tanpa ilmu, tiada nilai tambah bagi wang dan pangkat itu. Aku harus sedar, Allah bisa menarik balik wang dan pangkat kita, tapi tidak ilmu bermanafaat yang terus kita amalkan dan sebarkan. Ia akan kekal selama-lamanya....Ingat kita hanya secubit garam.......................

p/s Bulan ini genap setahun gambar ini. Ini adalah pengembaraan terakhir bersama seorang sahabat yang ku kenal hampir 10 tahun. Jasamu tetap ku kenang.


Friday, 10 February 2012

Laungkan Pada Dunia


Dunia....Adakah kau sudah bersedia
Mendengar laungan dariku
Adakalanya ia lemak berlagu
Adakalnya ia bingit membatu
Pancaroba ini ada kalanya kasar
Bukan masanya untuk gusar
Agar ku tak terus tenggelam ke dasar
Dunia.....inilah laungan ku
Ini adalah kehidupan...kesakitan adalah hanya ansuran